Thursday, December 22, 2011

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui setiap apa yang terjadi, Engkau jualah Maha Bijaksana untuk merancang perjalanan hidup setiap insan. Engkau berikanlah petunjuk dan hidayah kepada ku ya Allah.

Monday, December 19, 2011

Bebas. SPM dah habis dan kini aku boleh menarik nafas lega tapi tidak terlalu lega kerana sekarang aku sudah menghampiri dengan alam yang lebih mencabar. Alam kolej dan yang paling menyakitkan, alam pekerjaan. Masa berlalu dengan cepat. Kita je yang tak sedar kawan. Masa tak tunggu kita, kita kena kejar kawan. Selaju mana pun kita kejar masa itu, belum tentu kita dapat berjalan hisap rokok sebelah dia.

Masa awal tahun, waktu inilah yang ditunggu-tunggukan oleh aku dan sahabat semua tapi sayang, hambar. Macam-macam benda yang aku dah rancang tak menjadi tapi Alhamdulillah aku masih berhubung dengan kawan-kawan semua. Yang duduk dekat kalau boleh hari-hari nak jumpa. Aku rindu suasana kelas bising, suasana cuak bila Halimah lalu tepi kelas, waktu PJ dalam dewan, kena marah sekelas dan macam-macam lagi. Benda dah lalu, mana boleh ulang balik kawan. Aku hargai semua tu. Persahabatan, kenangan kita semua.

Sepanjang perjalanan aku masa sekolah, macam-macam aku lalui. Pahit, manis. Semua banyak mengajar aku jadi manusia lebih berguna. Aku tahu ramai yang sakit hati dengan perangai aku yang agak menyakitkan hati. Kalau ada sesiapa yang pernah aku buat dia sakit hati terbaca 'post' ini aku nak minta maaf banyak-banyak. Mana tahu esok lusa aku dah tak ada. Sesiapa yang pernah terasa dengan perbuatan aku juga, aku nak minta maaf. Manusia kawan, mana terlepas dari kesilapan.

Entah bila lagi kita dapat berkumpul sama-sama.

Wednesday, September 28, 2011

Lama gila tak update. Ahhhhhhhhhh, hi guysssss. Im too busy with school and other things plus tak ada benda nak update kat blog ni. So, there's still a month to go before my SPM and aku dah buat 'plan' sikit-sikit apa yang aku nak kena buat but still the zeal have not come yet. It's been a long time since I've updated my blog and macam-macam dah perkara yang aku lalui. Bad things, good things and the good thing is now I felt that I'm in the 'right path' but still there's a lot need to be improved.

So, as you all know, I have a deep passion in photography. I have created a page in Facebook. Jadi, page ni adalah sebagai medium untuk aku mempamerkan gambar-gambar terbaru dari aku dan aku bercadang nak buat projek fotografi akhir tahun ni, insya-Allah kalau tak ada apa-apa halangan. Sesiapa yang nak join bolehlah maklumkan pada aku. So here is the link to the page.

http://www.facebook.com/pages/Strangers-In-Malacca/215911831801839

Sampai sini jelah update aku kali ni, tak ada apa yang nak di-update sangat sebenarnya. Bye guys, Assalamualaikum.

Sunday, July 10, 2011

Sorry Mama, Papa, brother, sisters, friends, teachers, uncles, aunties, grandma, grandpa, relatives, Facebook friends and blog followers. This year is a messed. Well, I hope that there is still a chance for me. Having a massive problem with my studies and attitude. Please, if someone who can teach me to become a better person, please show up yourself. I need you.

Thursday, June 23, 2011

Frankly speaking, this year is fuckang tired. Macam-macam benda nak kena buat. Faham tak aku ni tak punya masa yang cukup? Tolonglah, jangan tambah lagi kusut kepala aku ni. From now on, I'm following the right track. Cuma aku kena buang satu perbuatan aku yang tak sihat ni. InsyaAllah, akan aku usaha untuk buangnya.

Monday, June 6, 2011

Masa depan. Kalau aku tengah makan, boleh tersedak. Kalau aku tengah berjalan, boleh terhenti. Kalau aku tengah tidur, boleh tersedar. Perkataan yang buat aku berfikir dengan mendalam.

Ada orang cakap dengan aku, kita ni hidup sekali sahaja. Kita kena buat apa yang kita suka. Jangan terlalu dengar cakap orang lain. Kelak diri sendiri akan menyesal dan kita akan salahkan orang lain. Aku cuba untuk mengambil iktibar dari apa yang dialami oleh orang yang terdekat. Bukan aku tak mahu mengikut kehendak kedua orang tuaku tetapi citarasa aku dan mereka tidak sama.

Aku sangat ingin mendalami ilmu fotografi tetapi mereka mengharapkan supaya aku mencari kerja yang lebih bagus dari itu. Jurutera mungkin ataupun doktor. Aku sendiri tak punya cita-cita untuk menjadi jurutera atau doktor. Otak aku tak boleh nak terima. Jurutera? Doktor? Tak mungkin aku mampu jadi seperti itu. Bukan aku tak ada keyakinan diri tapi aku merasakan perkara itu memang terlalu berat untuk aku kecapi.

Rezeki ada di mana-mana sahaja. Tentang masa depan mungkin sudah tertulis dalam takdir aku tetapi apa-apa sahaja bisa mengubahnya. Hanya perlukan petunjuk dan hidayah-Nya. Berikanlah aku kekuatan.

Saturday, June 4, 2011

Taken at Pekan Kuala Kangsar.

Taken at Teluk Gedung, Pulau Pangkor. A nice place full with nice people :)

Taken from the balcony of Princess Homestay

On the way to Princess Homestay, Teluk Gedung, Pulau Pangkor.

On the way to Pulau Pangkor.

Taken at Boh's Tea Factory


Rama-rama Rajah Brooke. Known as the King of Butterfly. Taken at Kuala Woh

Spider. Taken at Kuala Woh.

My sister and nice. Taken at the Time Tunnel Cafe, Cameron Highlands.

My first sister with my second niece. Time Tunnel Cafe, Cameron Highlands

Was taken at the Strawberry Farm :)



Monday, May 30, 2011

Melaka -> Kuala Lumpur -> Cameron Highlands -> Pulau Pangkor

Away for 3-4 days. Goodbye.

Saturday, May 28, 2011

Lumrah. Perkataan paling klise untuk menggambarkan kawan yang lupa kawan bila dah jumpa orang yang speSIAL bagi dia. Patutlah dah jarang menghubungi aku. Tidak mengapa kawan, hati ini sudah biasa dinodai dengan perkara sebegini. Semoga berbahagia :)

Sunday, May 22, 2011

"Bila nak belajar ni Wi? Dari tadi asyik komputer je". Aku hanya mengeluarkan bunyi berdecit tanpa memandang. Jauh di sudut hati aku, aku inginkan pertolongan dari dia tapi apakan daya. Aku tak suka tengok dia susah sebab aku dah bagi banyak susah kat dia.

Bila setiap kali tiba musim peperiksaan, semua orang gelabah macam dunia nak kiamat tapi aku tak. Aku cuma duduk dan baca apa yang patut walaupun apa yang aku baca tu tak masuk. Aku tipu diri sendiri. Aku anggap peperiksaan tak penting. Kesedaran masih belum ada walaupun dah banyak masa yang aku buang sekarang ni.

Ya, aku sedang berharap agar aku boleh kembali ke masa lalu. Takyah lama sangat, kalau aku boleh ulang balik tahun ni pun aku dah cukup bersyukur dan sangat bertuah. Akan aku cuba perbaiki semuanya, Insyaallah.
Tak usah engkau kejar bayang yang tidak engkau kenal. Bayang yang mungkin bisa rosakkan engkau. Hargai dengan apa yang engkau ada sekarang ini. Jangan dinanti perkara yang engkau pun tidak pasti.

Tuesday, May 17, 2011

This trial won't be good as the teachers had expected for me. Sorry teachers, parents and friends but one thing that I will promise is this trial will give me the spirit to get up and study for my future. Insyaallah. Pray for me.

Sunday, May 15, 2011

Setiap titik keringat yang jatuh,
Telah menghasilkan seorang insan berguna,
Setiap caci maki kau,
Tercipta seorang insan bijak bestari.
Setiap jeritan engkau yang menggegar kelas,
Melahirkan ramai insan yang bisa menggegar dunia.

Kami tiada siapa tanpa engkau wahai Pendidik.
Selamat Hari Guru Kali Ke-40.

Saturday, May 7, 2011

Orang tak boleh jadi macam Abang.
Orang tak boleh bayar balik semua resit yang Mama suruh simpan.
Orang tak boleh jadi anak yang baik untuk Mama.
Orang tak boleh janji yang orang boleh bagi Mama duit banyak-banyak bila dah besar nanti.
Orang tak boleh janjikan keputusan yang cemerlang untuk SPM nanti.

tapi yang pasti

Orang akan sayang Mama sampai bila-bila.
Happy Mothers Day,
Puan Rohani binti Ismail

Friday, May 6, 2011

I just need to be away from you for a moment. Sorry FE but you did hurt my feelings. This is for you;

Wednesday, May 4, 2011

I ain't give a shit for a friendship like this. It hurts, yes it does. I'm taking back my Elmo. You don't deserve it. Seems like you don't appreciate our friendship. Sorry, I can't face it anymore. Rejoice now because I'm leaving you. Just be happy that I will not be by your side anymore. Yo, Mr. KP take a good care of her. Kthxbai.

Monday, May 2, 2011

Bila aku fikir tentang masa depan, entah apa lah aku nak jadi nanti. Macam-macam berpusing dalam fikiran aku ni. Aku cuma dapat bayangkan yang aku akan jadi orang tak tentu arah dengan mangkuk di tangan dan baju yang compang-camping dan adik-beradik aku yang lain dengan pakaian yang mewah serta kerja yang bagus-bagus.

Aku memang berbeza dengan adik-beradik aku yang lain. Dorang semua rajin belajar tapi aku ni rajin berangan. Nak cakap aku ni tak pandai, memang pandai tapi tulah, aku ni pemalas tahap apa pun tak boleh. Nasihat yang mama, papa dan cikgu bagi langsung tak lut. Kalau berkesan pun hanya untuk beberapa minit. Dengan siapa aku nak minta tolong lagi kalau dah macam ni? Aku harap masih tak terlambat lagi untuk aku mendapat kesedaran yang entah bila akan sampai.

Cuma diharapkan agar aku mendapat kesedaran dengan segera. Doa untuk aku kawan-kawan.

Wednesday, April 27, 2011

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan

Yuna - Penakut.

Tuesday, April 26, 2011

Untuk apa dan untuk siapa? Kerana apa dan kerana siapa? Sebab apa dan sebab siapa? Semuanya aku tak boleh jawab sekarang. Aku perlu waktu bersendirian, perlukan tempat jauh dari sini. Perlukan ruang...

Thursday, April 21, 2011

Masih dibelenggu masalah jiwa dan raga, hati dan perasaan. Hmmmm.

Wednesday, April 20, 2011

Currently not in a good condition. Trial is coming, she is going, my world is falling.

Sorry Mama,Papa and Teachers because I will be not getting good results in this Trial. But I will try my best by hook or by crook. Gtg, kthxbai.

Friday, April 15, 2011

Semua dah tak macam dulukan? Kau pun dah tak macam dulu. Cakap nak kawan dengan aku tapi aku rasa kau macam tak perlukan aku je. Mungkin sebab ada orang lain dah jaga kau sekarang. Aku tak kisah, tapi aku nak kita macam dulu balik. Sekarang ni lain sangat. Aku tak tahu apa yang lain tapi memang lain sangat. Kita dah jarang bertegur, aku sendiri mengaku aku tak berani nak tegur kau. Aku hanya cakap dengan kau bila perlu. Bila aku text kau pun dah jarang reply. Hmmm. Aku nak kita macam dulu balik. Kthx.

Saturday, April 9, 2011

Thursday, April 7, 2011

Kalau taknak cakap taknak, jangan buat cerita keling. Aku tak kisah kalau kau taknak aku rapat dengan kau. Okay?

Wednesday, April 6, 2011

Hari-hari aku menjadi lebih baik sejak kebelakangan ini. Mungkin kerana otak tidak perlu serabut memikir tentang dia. Sekarang pula dah terlalu sibuk untuk persiapan pertengahan tahun. Banyak lagi yang perlu aku belajar tapi macam biasa, aku masih relaks lagi.

Now, I am ready for the quantum leap. How about you? Pray for me and I will pray for you guys. Kthxbabai. Assalamualaikum.

Sunday, April 3, 2011

Kau kuat Nawi, aku tahu kau boleh. Kawan-kawan kau ramai boleh support kau. Hendak seribu daya! Taknak seribu dalih! Never back down! Jangan biar orang perbodohkan kau. You have dignity Nawi and don't let people fuck you in the face. Friends, thank you for being there when I need you guys. Farah Alwani, Acap Khalis, Shady, Cida, Maya and all of you guys. Thanks for giving me advice. Sekarang, Nawi dah berubah dan dah berazam baru. Ribuan terima kasih kawan.

Friday, April 1, 2011

'Losing someone because she/he is owned by somebody is more hurt than losing someone because of death.'

Sunday, March 27, 2011

'Nawi, kau lupakan je lah dia. Tak salah kalau nak kawan tapi kau tu jangan la melebih-lebih. Dia tu dah ada yang punya. Tak baik kacau orang punya.'


Kebanyakan kawan aku cakap macam tu tapi aku sendiri tak tahu sama ada aku patut ikut atau tidak. Aku tak boleh nak tipu diri aku sendiri. Kau pemangkin aku untuk terus berjuang dan aku tak boleh nak jauhkan diri dari kau. Mungkin ni semua salah aku. Kthxbai.

Thursday, March 24, 2011

Ilham sudah hilang untuk ber-blogging.
Idea sudah terbang entah ke mana.
Beban sudah terasa walaupun perjalanan jauh lagi.
Otak sudah serabut disebabkan seseorang.
Hati sudah tidak tenang kerana diri ini telah jauh dari Yang Esa.

Diri sudah tidak terurus lagi kerana semua di atas.

Sunday, March 20, 2011

Tadi ada orang minta sumbangan wang untuk mangsa gempa bumi di Jepun tapi aku hanya mampu memberikan senyuman sahaja sebab dompet aku jauh di belakang beg. Jauh sangatlah kan tapi kira okay aku bagi senyuman. Kalau auntie tadi orang Islam dia boleh faham yang senyum itu sedekah. Kthxbai.
Im not good enough to talk about love cause I really never had a true love before. Oh, I had it once, it was like two years ago and I was still a kid. Aku cuma perlukan sedikit semangat dari seseorang untuk menjadi pemangkin kepada aku untuk terus berjuang. Aku tahu aku tak layak untuk sesiapa tapi aku percaya satu hari nanti aku akan ketemu juga. Apa la si Nawi ni, baru setahun jagung dah cakap pasal cinta la apa la. Aku memang masih muda tapi aku tahu apa tu maksud cinta dan aku tahu batas-batasnya. Cinta memang tak pernah mudah bagi aku yang rupa tak seberapa dan perangai tak berapa cantik. Aku asyik ulang kesilapan yang lama. Mungkin suatu hari nanti Nawi. Insyaallah. Kthxbai.

Saturday, March 19, 2011

Hari ni ada kerja untuk merakam saat-saat bahagia orang tapi aku sendiri tak pernah punya saat bahagia. Kalau ada pun hanya untuk seketika sahaja. Walaupun sekejap, tapi aku betul-betul hargainya. Aku akan tunggu lagi saat bahagia tu walaupun aku tahu ia takkan datang. Aku dah tak lama rasa macam ni. Kali terakhir, dua tiga tahun lepas kot. Well, I was a kid and I no nothing bout love tapi aku asyik ulang kesilapan aku yang lama. Till we meet again. Goodbye.

Friday, March 18, 2011

Aku dah penat update pasal kau je. Starting from now on, aku taknak kau jaga hati aku lagi. Mungkin aku yang bodoh nak tunggu kau sampai kucing bertanduk. Yes, aku memang senang suka kat seseorang dan bila aku dah suka, aku susah nak lepaskan dia. Maaf aku dah banyak susahkan kau. Apa yang dah lepas tu lepas. Lepas ni jangan terkejut kalau aku ignore kau. Maaf, itu je lah cara terbaik untuk aku lupakan kau. Walaupun kita sekelas, hmmm. Simpan barang yang aku dah bagi kat kau tu baik-baik okay. Aku dah biasa hidup macam ni. Nanti aku okay sendiri. Kau pergilah tunggu dia okay? Aku tak sehebat dia. Semua orang tahu tu. Terima kasih sebab bagi aku rasa bahagia walaupun sekejap je. I love you. Kthxbai.
I don't understand why is there some of you guys who will not follow the trip to Bukit Cherakah. Tahun lepas korang bising cikgu tak buat lawatan. Bila dah sampai tahun ni cikgu dah buat, ramai pulak taknak ikut. Alasannya, bosanlah, tempat tak menariklah, mak tak bagi lah, etc. C'monlah, that is so old school. Bagi aku tahun ni lah nak merasa jalan-jalan satu kelas. Lepas SPM dah tak ada peluang lagi dah nak jumpa. Kalau ada pun tipis sebab ada diantara kita yang duduk jauh. FYI, aku nak amik gambar korang semua kat sana nanti buat kenangan. Yang takde tu jangan nak menyalak dengan aku. Kthxbai.

Thursday, March 17, 2011

Wednesday, March 16, 2011

Eventhough you don't miss me but I wanna say that I really miss you so much.
Eventhough we're not meant to be together, I will always need you right here beside me. Eventhough you're not mine, I will always take a good care of you like you're mine.
Eventhough you don't know how much I love you, my love to you will never change.
Eventhough we're far apart, I will always keep you in my mind.
Eventhough you didn't call or text me, I will always text and call you to make sure you are safe.
Eventhough you walk away from me, I will hold your hand and ask you to stay.
Eventhough somebody told me not to give my heart to you, I will give my heart to you.
Eventhough I'm not good in loving someone, nobody will love you like I will.
Eventhough this post means nothing to you, it has a big meaning for me.

Appreciate someone who loves you, cause they will stand by you forever and never let you fall.

Monday, March 14, 2011

Okay, it's a relieve that I've told you what I want. Walaupun kau tak terima, it's okay. Yang penting aku dah luahkan apa yg aku pendam selama ini. Aku nak kau tahu yang kau lah pemangkin semangat aku untuk terus berjuang. Aku nak kau sentiasa dengan aku tak kira susah senang and I'll be there for you too. Aku harap apa yang aku dah buat malam ni tak akan menjejaskan hubungan kita sebagai kawan rapat. Maybe it's too early for us. Entahlah. Yang penting, kita tak gaduh, kita tak jauh. Kthxbai.

Sunday, March 13, 2011

Hari ini bermula dengan penuh kegembiraan diselit dengan ketegangan dan diakhiri dengan kesedihan yang amat sangat. Aku tak tahu kenapa tapi bila kau jawab pertanyaan aku tu terus emosi aku terganggu. Since you didn't know whom was I talking about in the previous post, it's about you, yes YOU! Tak perlu aku sebut nama di sini. Today is a day full of disapointment but just by seeing your mountains of smile, it makes me happy. Aku tak tahu apa nak buat sekarang ni. Sama ada nak terus terang dengan kau atau terus berdiam diri. Macam yang aku dah cakapkan sebelum ni, hari ni sepatutnya aku nak bagitahu kau semua yang aku pendam. Kau terima tak terima, belakang cerita. It supposed to be a winning day for me but it turns out bad. Aku tak salahkan kau tapi aku salahkan diri sendiri. Suka sangat nak pendam perasaan, sampai satu masa, aku sendiri yang kecewa. I wish there is someone who can tell me what can I do next. Kthxbai.

P.S You look cute when you cry :p
Going out with her today. Movies, shopping, loitering. Hmmm. Harap tak ada benda yang mengecewakan aku. Kthnksbye.

Saturday, March 12, 2011

Cuti? Masa last day tu yelah terpekik terlolong sebab last day sekolah, then cuti seminggu tapi hari pertama percutian ni aku dah rasa bosan. Macam tak ada benda nak buat cuti ni. Seems like I'll waste my time with Facebook-ing, watching TV, trolling people etc. and there's a lot of homeworks given to be done. Aktiviti tak senonoh aku dah semakin berkurangan dan ingatan aku semakin kuat. Oh ya, exam kali ni ada peningkatan walaupun Physic aku menurun dengan mendadak tapi kali ni aku rasa boleh dapat lebih kurang 5 A.

Sekarang aku nak cakap pasal dia. Malam tadi kawan aku cerita pasal kau walaupun dia tak berapa kenal kau tapi dia ada suruh aku jangan dekat/rapat lagi dengan kau. Aku tak tahu kenapa but I've some bad instinct yang kau mungkin bukan seperti yang aku sangkakan. Sekarang ni pun aku rasa kau dah macam taknak layan aku. Okay fine. Esok hari ahad. Hari yang sepatutnya aku cerita dekat kau segala isi hati aku tapi entahlah. Aku rasa aku tak akan luahkan sebab aku rasa takut sangat sekarang ni. Aku takut kau tak terima apa yang aku nak sampaikan. Nak buat macam mana, mungkin kau sedang menunggu orang yang lebih baik dari aku. Takpe, aku tak kisah. Aku dah selalu dan dah biasa hidup macam ni. Esok kalau aku keluar pun maybe keluar sorang.

P.S Kalau kau baca post ni, kau patut tahu yang aku ada hati kat kau.

Kthxbai.

Thursday, March 10, 2011

Hari yang ditunggu semakin tiba. Semoga mendapat apa yang dihasratkan. Kthanksbye.

Monday, February 28, 2011

Esok exam Addmath, BM and Chemistry. Aku tak boleh nak fokus langsung study tiga-tiga subjek ni hari ni. Aku pun tak tahu kenapa. Addmath yang pada mulanya aku faham boleh jadi tak faham. Aku tak ingat apa-apa langsung pasal formula-formula dia apa semua. Ni semua disebabkan aktiviti yang aku selalu buat tu. Hmmm, God is paying back all of my sins. Aku risau cikgu-cikgu semua akan kecewa dengan result aku nanti. Walaupun ini setakat ujian tapi still aku nak buat yang terbaik tapi apakan daya.

Now for the good news, aku dah jumpa someone yang boleh berikan aku semangat supaya terus berjuang untuk SPM. Tolong, jangan kecewakan aku. Ya, aku sukakan kau tapi sekarang bukan masanya untuk aku bagitahu semua tu.

Fuck, aku dah jadi Mat Bunga sekarang ni -,-

Friday, February 18, 2011

SPM SPM SPM SPM! You are as hell as I thought. More homeworks, more classes, more pressure! and still I've done nothing with my time management. Balik sekolah, makan, tidur. Bangun petang kalau tak tusyen, makan lepas tu tengok TV. Entahlah, aku pun tak tahu apa nak jadi dengan aku ni. I wish there was someone who can teach me about time management. Bukan aku tak sedar ujian dah dekat dan KPI aku semua tak seperti yang aku jangka. Memang benaklah kali ni aku nak capai tahap tu.

Tuesday, February 15, 2011

Let it be a passion, not just a mere fashion for you maffakkas. Chao

Sunday, February 13, 2011

Penat, penat dan penat. Semua usaha tak ada guna, tak ada hasil. Entah apa yang tak kena, aku pun tak tahu. Mungkin sebab aktiviti aku yang tak berguna yang aku selalu buat tu penyebab semuanya jadi macam ni. Aku tak boleh nak berhenti buat benda tu, aku pun tak tahu kenapa. Sembahyang pun selalu tinggal. Hmmm, semuanya sekarang dah tunggang tebalik. Apa yang aku harapkan awal tahun, tidak menjadi. Aku asyik leka dengan masa sekarang, walhal aku patut leka dengan apa yang aku patut aku capai pada masa hadapan. Aku perlukan satu sebab dan satu orang untuk mendorong aku, untuk menyuruh aku memandang ke hadapan dan tidak leka. Tolong jangan kecewakan aku.

Saturday, February 5, 2011

A middle-aged Indian man approached me and sits beside me. We had a short conversation.

Ane : Adeyyy! Lu malay ka?
Aku : Yelahhhh
Ane : Lu apa buat dari tadi saya tengok lu duduk sini?
Aku : Saya tunggu member laaaa.
Ane : Member? Waaa, mau dating eyyy?
Aku : Eh bukanlah, member lama saya.
Ane : Alaaa adeyyy, dulu kitaorang muda-muda pun sama ini macam.
Aku : (Senyum)
Ane : Kucing mana yang tak mau makan ikan??? Ada betul kaa?
Aku : Hahaha, betul lah tu.

Kucing makan ikan ke? Bukan makan Friskies?

Sunday, January 30, 2011

Saturday, January 29, 2011

Felt like bashing my keyboard instead of typing as usual. Im a sensitive guy. I always got hurt just because of simple things. Please understand that. Ty.

Wednesday, January 19, 2011

Maaf, aku sedang sibuk memperbaiki diri yang semakin hari semakin teruk. Lebih teruk lagi apabila bertambah beban aku tahun ini. Entah bila aku patut ubah sikap, entah apa aku patut capai, entah siapa aku patut dengar, patut kongsi? Fikiran aku yang lemah dan tak sempurna tak mampu untuk menghadapi semua bebelan, teguran dan perlian dari sesiapa pun. Aku sedang cuba untuk memperbaiki kelemahan aku dengan cara aku sendiri. Entah bila ianya akan berhasil, aku pun tak pasti tapi yang aku pasti, aku akan berubah. Bila? Entah. I'm lack of motivation, I'm lack of knowledge, I'm lack of confident.

Sunday, January 16, 2011

Sedang tertanya-tanya apakah maksud sebenar 'kawan'? Adakah 'kawan' ini boleh dikategorikan? Tahi lembu! Aku tak kisah dengan siapa aku kawan asalkan dia tak rosakkan hidup aku. Tiada istilah kawan baik, kawan biasa atau apa-apa pun yang berkaitan dengan tahi itu dalam hidup aku. Yang ada hanya kawan yang akan sentiasa jadi kawan aku tak kira hidup aku susah ke tak. Ya, mereka itu kawan sejati. Kawan yang tidak pernah lupakan kawan. Itulah sebenarnya kawan bagi aku.

Saturday, January 15, 2011

Hari-hari aku gangbang dengan buku dan 'pencilcase'. Bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Thursday, January 13, 2011

Physic dan Kimia hari ini menarik dan yang paling penting, tidak memeningkan kepala.
Kalau hari-hari macam ni kan best?

Tuesday, January 11, 2011

1.1.11

1.10 p.m. - 2.30 p.m. Addmath
3.30 p.m. - 5.00 p.m. Addmath (balik rumah kena hujan -,-)
6.30 p.m. - 9.00 p.m. Addmath

Dugaan nak ambil SPM.
Kuatkanlah semangat hambamu ini untuk terus belajar ya Allah.

Monday, January 10, 2011

Saya Muhammad Asnawi bin Aminudin, berjanji akan 'struggle' betul-betul untuk SPM. Saya juga berjanji akan kurangkan 'Facebook' dan main-main, sebaliknya belajar, belajar dan terus belajar. InsyaAllah pada UB1 ini, saya akan meningkatkan markah untuk keseluruh matapelajaran saya.

*Doakan saya ye kawan-kawan.

Wednesday, January 5, 2011

WTH

Hari ketiga sekolah ; aku rasa aku perlukan cuti yang panjang. Haihhh -,-
SPM memang menyeksa dalaman aku.

Esok junior mula daftar masuk. Yang comel-comel, cantik-cantik, sila beratur di kaunter aku. Amik borang berkenalan ye.

Chiao

Sunday, January 2, 2011

Bullshit

2010

Pindah sekolah baru.
Jumpa kawan baru.
Kenal mana kawan, mana lawan.
Mula belajar fotografi yang aku tak pandai.
Masalah dengan belajar dekat sekolah (Cikgu Addmath selalu bontotkan aku masa mengajar).
Banyak main-main.


2011

Calon SPM.
Masa yang sedikit untuk mengubah sikap aku yang sial.
Good luck Nawi.