Friday, April 13, 2012

Sumpah duit dalam tabung tu aku tak kacau kecuali kalau aku terdesak sangat-sangat. Duit tu untuk kau. Aku dah janji. Jaga diri baik-baik. 10 tahun lagi insyaAllah.

Sunday, April 1, 2012

Takdir Allah kadang kala menyakitkan. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Bersyukurlah sehingga ia menyentuh hati kalian semua.

Friday, January 13, 2012

Kenapa? Kenapa kau dah berubah? A slight mistake yang aku buat, kau dah marah aku macam aku nak tinggalkan kau. Kenapa? Aku tak pernah give up dengan kau. Dan aku harap kau pun begitu.

Tuesday, January 10, 2012

Aku tak sangka aku boleh 'end up' dengan dia balik. Ah, bahagia aku sekarang ni. Aku bersyukur dengan apa yang telah Engkau rancang untuk ku ya Allah. Sesungguhnya apa yang telah kau takdirkan untuk ku adalah yang terbaik untuk ku. Segala yang berlaku ke atas aku, ada hikmah tersendiri. Semuanya mengajar aku untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik dan bertanggungjawab.

Usia aku makin meningkat. Salam perkenalan, dunia. Usia macam ni baru aku nak kenal dunia luar. Malang betul bagi aku. Yelah kawan, anak bongsu. Hahahaha. Apa boleh buat. Sekarang ni baru aku nak berkenalan dengan dunia luar. Orang kata 'budak-budak baru nak up'. Ah bosan. Tidur baik. Assalamualaikum.

Sunday, January 8, 2012

Sedar tak sedar dah masuk 10 hari aku kerja. Ikutkan hati ni aku nak berhenti dari awal lagi sebab tak tahan buat kerja dan 'psycho' manager tapi berkat doa dan kesabaran aku teruskan juga pekerjaan aku ni. Tak lupa juga orang di sekeliling yang pujuk aku supaya terus bekerja. Abang Is, Mama dan si dia. Si dia? Siapakah si dia itu? Biarlah aku dan dia sahaja yang tahu. Mesej yang dia hantar pada aku haritu buat aku tergamam. Tak mampu berkata-kata. Tak sangka dia sanggup cakap macam tu. Tapi memang betul juga apa yang dia cakap tu. Aku kena rasa bekerja bawah orang. Takkan nak duduk bawah ketiak mak je. Ye dok? Shit! Im late to work!

Friday, January 6, 2012

Apa yang aku impikan? Aku mengimpikan untuk hidup bebas. Campaklah aku kat mana-mana sekalipun dalam dunia ni tapi yang penting kamera, phone dan komputer mesti ada dengan aku. Aku macam tak kisah apa aku nak jadi bila dah besar nanti. Aku terlalu berserah kepada takdir. Kat mana yang ada rezeki untuk aku, kat situ ada aku. Aku nak masa depan aku jadi kejutan untuk aku. Segala perjalanan hidupku telah dirancang oleh-Nya. Aku hanya mampu berdoa, berusaha dan tawakkal kepada Allah SWT. Aku yakin dan pasti apa yang sedang menunggu untuk aku pada masa hadapan adalah yang terbaik untuk aku. Aku bukan orang yang nak mengejar harta kekayaan. Cukup bagi aku kalau aku dapat menampung kehidupan aku dan juga kehidupan keluarga aku kelak.

P/s ; Dah ramai sangat orang tanya aku apa aku nak jadi bila dah besar nanti, jadi ini jawapan aku kepada anda semua.

Thursday, December 22, 2011

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui setiap apa yang terjadi, Engkau jualah Maha Bijaksana untuk merancang perjalanan hidup setiap insan. Engkau berikanlah petunjuk dan hidayah kepada ku ya Allah.