Thursday, December 22, 2011

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui setiap apa yang terjadi, Engkau jualah Maha Bijaksana untuk merancang perjalanan hidup setiap insan. Engkau berikanlah petunjuk dan hidayah kepada ku ya Allah.

Monday, December 19, 2011

Bebas. SPM dah habis dan kini aku boleh menarik nafas lega tapi tidak terlalu lega kerana sekarang aku sudah menghampiri dengan alam yang lebih mencabar. Alam kolej dan yang paling menyakitkan, alam pekerjaan. Masa berlalu dengan cepat. Kita je yang tak sedar kawan. Masa tak tunggu kita, kita kena kejar kawan. Selaju mana pun kita kejar masa itu, belum tentu kita dapat berjalan hisap rokok sebelah dia.

Masa awal tahun, waktu inilah yang ditunggu-tunggukan oleh aku dan sahabat semua tapi sayang, hambar. Macam-macam benda yang aku dah rancang tak menjadi tapi Alhamdulillah aku masih berhubung dengan kawan-kawan semua. Yang duduk dekat kalau boleh hari-hari nak jumpa. Aku rindu suasana kelas bising, suasana cuak bila Halimah lalu tepi kelas, waktu PJ dalam dewan, kena marah sekelas dan macam-macam lagi. Benda dah lalu, mana boleh ulang balik kawan. Aku hargai semua tu. Persahabatan, kenangan kita semua.

Sepanjang perjalanan aku masa sekolah, macam-macam aku lalui. Pahit, manis. Semua banyak mengajar aku jadi manusia lebih berguna. Aku tahu ramai yang sakit hati dengan perangai aku yang agak menyakitkan hati. Kalau ada sesiapa yang pernah aku buat dia sakit hati terbaca 'post' ini aku nak minta maaf banyak-banyak. Mana tahu esok lusa aku dah tak ada. Sesiapa yang pernah terasa dengan perbuatan aku juga, aku nak minta maaf. Manusia kawan, mana terlepas dari kesilapan.

Entah bila lagi kita dapat berkumpul sama-sama.