Sunday, March 27, 2011

'Nawi, kau lupakan je lah dia. Tak salah kalau nak kawan tapi kau tu jangan la melebih-lebih. Dia tu dah ada yang punya. Tak baik kacau orang punya.'


Kebanyakan kawan aku cakap macam tu tapi aku sendiri tak tahu sama ada aku patut ikut atau tidak. Aku tak boleh nak tipu diri aku sendiri. Kau pemangkin aku untuk terus berjuang dan aku tak boleh nak jauhkan diri dari kau. Mungkin ni semua salah aku. Kthxbai.

Thursday, March 24, 2011

Ilham sudah hilang untuk ber-blogging.
Idea sudah terbang entah ke mana.
Beban sudah terasa walaupun perjalanan jauh lagi.
Otak sudah serabut disebabkan seseorang.
Hati sudah tidak tenang kerana diri ini telah jauh dari Yang Esa.

Diri sudah tidak terurus lagi kerana semua di atas.

Sunday, March 20, 2011

Tadi ada orang minta sumbangan wang untuk mangsa gempa bumi di Jepun tapi aku hanya mampu memberikan senyuman sahaja sebab dompet aku jauh di belakang beg. Jauh sangatlah kan tapi kira okay aku bagi senyuman. Kalau auntie tadi orang Islam dia boleh faham yang senyum itu sedekah. Kthxbai.
Im not good enough to talk about love cause I really never had a true love before. Oh, I had it once, it was like two years ago and I was still a kid. Aku cuma perlukan sedikit semangat dari seseorang untuk menjadi pemangkin kepada aku untuk terus berjuang. Aku tahu aku tak layak untuk sesiapa tapi aku percaya satu hari nanti aku akan ketemu juga. Apa la si Nawi ni, baru setahun jagung dah cakap pasal cinta la apa la. Aku memang masih muda tapi aku tahu apa tu maksud cinta dan aku tahu batas-batasnya. Cinta memang tak pernah mudah bagi aku yang rupa tak seberapa dan perangai tak berapa cantik. Aku asyik ulang kesilapan yang lama. Mungkin suatu hari nanti Nawi. Insyaallah. Kthxbai.

Saturday, March 19, 2011

Hari ni ada kerja untuk merakam saat-saat bahagia orang tapi aku sendiri tak pernah punya saat bahagia. Kalau ada pun hanya untuk seketika sahaja. Walaupun sekejap, tapi aku betul-betul hargainya. Aku akan tunggu lagi saat bahagia tu walaupun aku tahu ia takkan datang. Aku dah tak lama rasa macam ni. Kali terakhir, dua tiga tahun lepas kot. Well, I was a kid and I no nothing bout love tapi aku asyik ulang kesilapan aku yang lama. Till we meet again. Goodbye.

Friday, March 18, 2011

Aku dah penat update pasal kau je. Starting from now on, aku taknak kau jaga hati aku lagi. Mungkin aku yang bodoh nak tunggu kau sampai kucing bertanduk. Yes, aku memang senang suka kat seseorang dan bila aku dah suka, aku susah nak lepaskan dia. Maaf aku dah banyak susahkan kau. Apa yang dah lepas tu lepas. Lepas ni jangan terkejut kalau aku ignore kau. Maaf, itu je lah cara terbaik untuk aku lupakan kau. Walaupun kita sekelas, hmmm. Simpan barang yang aku dah bagi kat kau tu baik-baik okay. Aku dah biasa hidup macam ni. Nanti aku okay sendiri. Kau pergilah tunggu dia okay? Aku tak sehebat dia. Semua orang tahu tu. Terima kasih sebab bagi aku rasa bahagia walaupun sekejap je. I love you. Kthxbai.
I don't understand why is there some of you guys who will not follow the trip to Bukit Cherakah. Tahun lepas korang bising cikgu tak buat lawatan. Bila dah sampai tahun ni cikgu dah buat, ramai pulak taknak ikut. Alasannya, bosanlah, tempat tak menariklah, mak tak bagi lah, etc. C'monlah, that is so old school. Bagi aku tahun ni lah nak merasa jalan-jalan satu kelas. Lepas SPM dah tak ada peluang lagi dah nak jumpa. Kalau ada pun tipis sebab ada diantara kita yang duduk jauh. FYI, aku nak amik gambar korang semua kat sana nanti buat kenangan. Yang takde tu jangan nak menyalak dengan aku. Kthxbai.

Thursday, March 17, 2011

Wednesday, March 16, 2011

Eventhough you don't miss me but I wanna say that I really miss you so much.
Eventhough we're not meant to be together, I will always need you right here beside me. Eventhough you're not mine, I will always take a good care of you like you're mine.
Eventhough you don't know how much I love you, my love to you will never change.
Eventhough we're far apart, I will always keep you in my mind.
Eventhough you didn't call or text me, I will always text and call you to make sure you are safe.
Eventhough you walk away from me, I will hold your hand and ask you to stay.
Eventhough somebody told me not to give my heart to you, I will give my heart to you.
Eventhough I'm not good in loving someone, nobody will love you like I will.
Eventhough this post means nothing to you, it has a big meaning for me.

Appreciate someone who loves you, cause they will stand by you forever and never let you fall.

Monday, March 14, 2011

Okay, it's a relieve that I've told you what I want. Walaupun kau tak terima, it's okay. Yang penting aku dah luahkan apa yg aku pendam selama ini. Aku nak kau tahu yang kau lah pemangkin semangat aku untuk terus berjuang. Aku nak kau sentiasa dengan aku tak kira susah senang and I'll be there for you too. Aku harap apa yang aku dah buat malam ni tak akan menjejaskan hubungan kita sebagai kawan rapat. Maybe it's too early for us. Entahlah. Yang penting, kita tak gaduh, kita tak jauh. Kthxbai.

Sunday, March 13, 2011

Hari ini bermula dengan penuh kegembiraan diselit dengan ketegangan dan diakhiri dengan kesedihan yang amat sangat. Aku tak tahu kenapa tapi bila kau jawab pertanyaan aku tu terus emosi aku terganggu. Since you didn't know whom was I talking about in the previous post, it's about you, yes YOU! Tak perlu aku sebut nama di sini. Today is a day full of disapointment but just by seeing your mountains of smile, it makes me happy. Aku tak tahu apa nak buat sekarang ni. Sama ada nak terus terang dengan kau atau terus berdiam diri. Macam yang aku dah cakapkan sebelum ni, hari ni sepatutnya aku nak bagitahu kau semua yang aku pendam. Kau terima tak terima, belakang cerita. It supposed to be a winning day for me but it turns out bad. Aku tak salahkan kau tapi aku salahkan diri sendiri. Suka sangat nak pendam perasaan, sampai satu masa, aku sendiri yang kecewa. I wish there is someone who can tell me what can I do next. Kthxbai.

P.S You look cute when you cry :p
Going out with her today. Movies, shopping, loitering. Hmmm. Harap tak ada benda yang mengecewakan aku. Kthnksbye.

Saturday, March 12, 2011

Cuti? Masa last day tu yelah terpekik terlolong sebab last day sekolah, then cuti seminggu tapi hari pertama percutian ni aku dah rasa bosan. Macam tak ada benda nak buat cuti ni. Seems like I'll waste my time with Facebook-ing, watching TV, trolling people etc. and there's a lot of homeworks given to be done. Aktiviti tak senonoh aku dah semakin berkurangan dan ingatan aku semakin kuat. Oh ya, exam kali ni ada peningkatan walaupun Physic aku menurun dengan mendadak tapi kali ni aku rasa boleh dapat lebih kurang 5 A.

Sekarang aku nak cakap pasal dia. Malam tadi kawan aku cerita pasal kau walaupun dia tak berapa kenal kau tapi dia ada suruh aku jangan dekat/rapat lagi dengan kau. Aku tak tahu kenapa but I've some bad instinct yang kau mungkin bukan seperti yang aku sangkakan. Sekarang ni pun aku rasa kau dah macam taknak layan aku. Okay fine. Esok hari ahad. Hari yang sepatutnya aku cerita dekat kau segala isi hati aku tapi entahlah. Aku rasa aku tak akan luahkan sebab aku rasa takut sangat sekarang ni. Aku takut kau tak terima apa yang aku nak sampaikan. Nak buat macam mana, mungkin kau sedang menunggu orang yang lebih baik dari aku. Takpe, aku tak kisah. Aku dah selalu dan dah biasa hidup macam ni. Esok kalau aku keluar pun maybe keluar sorang.

P.S Kalau kau baca post ni, kau patut tahu yang aku ada hati kat kau.

Kthxbai.

Thursday, March 10, 2011

Hari yang ditunggu semakin tiba. Semoga mendapat apa yang dihasratkan. Kthanksbye.