Monday, June 6, 2011

Masa depan. Kalau aku tengah makan, boleh tersedak. Kalau aku tengah berjalan, boleh terhenti. Kalau aku tengah tidur, boleh tersedar. Perkataan yang buat aku berfikir dengan mendalam.

Ada orang cakap dengan aku, kita ni hidup sekali sahaja. Kita kena buat apa yang kita suka. Jangan terlalu dengar cakap orang lain. Kelak diri sendiri akan menyesal dan kita akan salahkan orang lain. Aku cuba untuk mengambil iktibar dari apa yang dialami oleh orang yang terdekat. Bukan aku tak mahu mengikut kehendak kedua orang tuaku tetapi citarasa aku dan mereka tidak sama.

Aku sangat ingin mendalami ilmu fotografi tetapi mereka mengharapkan supaya aku mencari kerja yang lebih bagus dari itu. Jurutera mungkin ataupun doktor. Aku sendiri tak punya cita-cita untuk menjadi jurutera atau doktor. Otak aku tak boleh nak terima. Jurutera? Doktor? Tak mungkin aku mampu jadi seperti itu. Bukan aku tak ada keyakinan diri tapi aku merasakan perkara itu memang terlalu berat untuk aku kecapi.

Rezeki ada di mana-mana sahaja. Tentang masa depan mungkin sudah tertulis dalam takdir aku tetapi apa-apa sahaja bisa mengubahnya. Hanya perlukan petunjuk dan hidayah-Nya. Berikanlah aku kekuatan.

No comments:

Post a Comment